::DEMI WAKTU::

 

::KUNJUNGAN::

Free Web Site Counter
:: PUTERI ::

::PAUTAN::
::KOMENTAR::

::AL-QURAN::
::LAGU::



Gratisan Musik
::HINDUSTAN::

hindi power
::SISIPAN::


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

BLOGGER

Kisah Cinta Kepada Rasulullah
Rabu, 11 Februari 2009

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi." Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu.


Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. . Tauladan dari kisah ini: Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulenMencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi.


Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mataakan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
posted by teknologi maklumat @ 1:28 PG   0 comments
Cinta kepada Allah



KITA sering mendengar istilah cinta. Malah, kita pun banyak kali bercinta. Cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yang dilihat dalam filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan.



Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yang diputar biarlah melalui frekuensi yang betul. Maknanya “get the same channel.”
Gelombang yang betul baru dapat mendengar suara yang betul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yang “online” (berhubung langsung) antara sebut dan buat.



Apabila memperkatakan cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan. Cinta ialah memberi dan bukannya mendapat.



Cinta bukannya “apa yang saya dapat dari awak” tetapi cinta ialah “apa yang saya boleh lakukan untuk awak.” Jika mahu orang mencintai kita, kitalah mesti mencintai orang itu terlebih dulu.



Apa itu cinta? Cinta jika diperhatikan pada perkataan Inggeris “love” membawa makna “loyal to the principal” iaitu orang bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip.



Jika seorang pekerja yang cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta.



Cinta pada keluarga, tunai tanggungjawab pada keluarga. Orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.



“O” maknanya “obey hot feeling” iaitu buat tanpa berbelah bahagi. Dalam Islam menganjurkan kepatuhan “kami dengar dan kami taat.” Taat bukan saja di akal tetapi di hati yang paling dalam.



“V” ialah “victory”. Orang bercinta mesti memenangkan orang yang dicintai. Jika cinta pada negara, menangkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah.



Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yang mahal untuk jenama berkenaan.



Jika cinta pada Allah biarlah berorientasikan Allah. Maknanya utamakan Allah. Jika makan cari yang halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang-kadang kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama.



“E” ialah “enlightment” iaitu sejajar. Jadi, jika orang bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa.



Kita bersama dengan yang dicintai, tidak boleh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak boleh dipisahkan antara air, gula dan kopi, sebab sudah sebati.



Begitu juga air yang masin. Air dan garam tidak boleh dipisahkan. Jadi, cinta pada Allah juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. Begitu juga cinta pada al-Quran, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.



Jika kita ingati, ketika Aisyah r.a ditanya orang mengenai perangai Rasulullah s.a.w, jawab Aisyah perangai Rasulullah ialah al-Quran. Maksudnya Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan.



Bilal bin Rabah apabila ditindih dengan batu besar atas dirinya, kalimah “ahad-ahad” (esa) yang keluar daripada mulutnya ialah lambang cinta pada Allah.
posted by teknologi maklumat @ 1:21 PG   0 comments
Doa Maal Hijrah


DOA AKHIR TAHUN
Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekelian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu sekelian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekelian.


Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan DiKau wahai Tuhan yang Mulia yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia.


Wahai Tuhan kami, telah kami lakukan kezaliman ke atas diri-diri kami dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani akan kami nescaya jadilah kami daripada golongan orang-orang yang rugi.


Wahai Tuhan kami berikan kami kebaikan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat nanti, serta peliharakan kami akan azab api neraka.


DOA AWAL TAHUN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya sekelian.
Ya Allah, Engkaulah yang Kekal, Qadim lagi Azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan Kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau.
Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi Maha Tinggi.


Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.
posted by teknologi maklumat @ 1:17 PG   0 comments
::LINK::

  • UTAMA
  • PROFILE
  • GALLERI
  • ARTIKEL
  • ::BLOG SAHABAT::

  • aien
  • zaida
  • lin
  • kak fizan
  • ::GAMBAR::

    ::AYAT-AYAT CINTA::

    ::DIREKTORI::

    ::PREVIOUS POST::
    ::ARCHIVES::
    ::SISIPAN::

    BLOGGER

     Nor Yusnita binti Mohd Yusof
    Diploma Pengajian Islam dan Sumber Manusia
    Fakulti Pengajian Islam
    Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka